Sejarah dan Evolusi Blackberry


Assalam and Hi kepada semua pembaca. Hari ni, ain_nul berhajat untuk mengajak pembaca mengenal serba sedikit tentang asal usul Blackberry. Brand yang semakin terkenal di mata pengguna telefon bimbit canggih (smartphone). Dengar nama pun dah rasa Wow!! Macam GAH jew kan. hehehe..



Nama Blackberry amat sinonim dengan Research in Motion (RIM).


Sebab apa? Sebab RIM adalah developer dan juga designer kepada gajet-gajet Blackberry. Nama Blackberry sendiri adalah hasil pemberian sebuah syarikat pemasaran iaitu Lexicon Branding. Gajet Blackberry pertama telah diperkenalkan pada tahun 1999 iaitu Blackberry 850. Lihat gambar di bawah.



Gajet pertama dari Blackberry ini menyokong aplikasi email dan juga HTML browsing (layar internet) dengan skrin monokrom kecil.

Seterusnya, ade beberapa penambahbaikan daripada Blackberry dari semasa ke semasa. See below pictures..



Blackberry 857 datang dengan skrin yang lebih besar.


Blackberry 5810, bb pertama yang boleh membuat panggilan, tetapi memerlukan headset.


Blackberry 6200 dengan 160x100 resolusi monokrom skrin dengan phone capability. Selepas model ini, Blackberry telah mengeluarkan model-model dengan kemudahan telefon mudah alih seperti telefon bimbit yang lain.


Blackberry 6510 yang boleh membuat panggilan dan aplikasi radio dua-hala.


BlackBerry 6710 mempunyai skrin besar monokrom, 900/1900 MHz GSM / GPRS dengan kemudahan telefon mudah alih.


BlackBerry 7210 adalah bb pertama yang datang dengan skrin warna.


BlackBerry 7100t memperkenalkan reduced-keyboard dengan menggunakan teknologi yang dipanggil 'SureType.'



BlackBerry 8700 menampilkan skrin besar 320 besar × 240 piksel dan 65k colour depth.



Pembaharuan yang terdapat pada BlackBerry 8100 RIM memperkenalkan penggunaan 'trackball' dengan aplikasi kamera 1.3 MP.



Blackberry 8800 yang datang dengan sokongan GPS.



Blackberry 8320 yang mempuyai WiFi...


Rasanyer selepas model ni, RIM telah menjumpai identity untuk Blakcberry sendiri yang mana design-design selepas model ini adalah sedikit sebanyak mempunyai persamaan.

Mungkin konklusi yang dapat ain_nul simpulkan adalah, Blackberry ni asalnya bukan sebuah telefon bimbit. Ia mula dicipta atas tujuan untuk capaian internet, tetapi telah dikembangkan fungsinya untuk kegunaan telefon. :) Oh,, begiiituuuuu............! hehe.

Sekian sahaja untuk Blackberry model and functions evolution...

Credit to Crackberry.com for all the photos and supporting info :)

Previous
Next Post »